- Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.
- Dalam sebulan,anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg.
- Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan.
- Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan , anda akan;
- Berisiko tinggi mendapat batu hempedu
- Elektrolit tidak normal
- Kekurangan nutrien
- Peningkatan asid urik
- Kehilangan protein dan otot
- Selepas 6 bulan,penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
- Ini adalah kerana ,apabila berat badan anda menurun , tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot.
- Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan .
Pengurusan Pemakanan Untuk Berat Badan Berlebihan
Objektif Pengurusan Pemakanan- Untuk menurunkan berat badan
- Untuk mengekalkan berat badan yang normal.
- Untuk menghalang peningkatan berat badan .
- Untuk mengurangkan risiko darah tinggi , diabetis mellitus dan penyakit jantung .
- Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga.
- Untuk mengurangkan pengambilan kalori.
· Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia.
· Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi ??? ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang.
· Kurangkan pengambilan kalori dengan ;
Indeks Jisim Tubuh ( BMI )Indeks Jisim Tubuh adalah satu pengukuran yang digunakan untuk menentukan samada berat badan anda normal atau tidak . kalau nak convert ukuran tinggi ke meter(m) klik sini
|
Contoh Menu untuk Penurunan Berat Badan
- Saranan pengambilan Diet seharian bagi warga emas lelaki adalah 2000 kkal dan warga emas perempuan adalah 1800 kkal.
- Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan , saranan pengambilan diet seharian ialah 1200 kkal hingga 1500 kkal .
- Dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Dietitian untuk menentukan keperluan anda
Contoh Menu 1200 kkal
Sarapan |
|
Makan Tengahari |
|
Minum Petang |
|
Makan Malam |
|
*makanan diet ni pun boleh tahan sedap juga kan..:D
Contoh Menu 1500 kkalSarapan |
|
Minum Pagi |
|
Makan Tengahari |
|
Minum Petang |
|
Makan Malam |
|
*yang ni lagi lah sedap makan malam leh makan ayam tandoori lagi,,,huhuhuhu
Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas
- Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.
- Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.
post by :
2 ulasan:
kene jaga diet kesihatan pon pentingkan, sebab tu kena jumpe doktor untuk dapat nasihat diet yg seimbangkan heheh :)
@Ieda
A'ah yelah kan...ikin berat badan normal je..cuma lengan dan perut je terlebih berat...huhuhu
macam ne nak kempiskan semula yerk
kalau pompuan slalu masalh tu lah kan
Catat Ulasan