Followers

Rabu, 11 Mei 2011

cara2 wat kerabu style aku!!

selamat petang...
petang ni aku nak kongsi cara wat kerabu..


adelah ilmu skit2 yang boleh aku kongsi dgn u all
dulu2 aku wat kerabu mmg xmenjadi..hahaha
xreti sgt pun memasak ni
lepas tu baru aku belajar betul2 bahan2 yang perlu dalam kerabu ni dgn mak aku
thanks mak...i love u...hehehehe..kredit to my mum

kalau nak makan tu mmg kejap je habis
tapi nak wat nye memang lama beb,,
amik masalah
tp...kalau beli yang bahan2 yang dah siap..kejap jer

oklah...nak tau apa bahan2 nye: ( untuk 5 org makan)

Bahan A
3 sudu besar kelapa parut
4 ulas serai (dipotong halus2)
halia (lebih krg 4cm)
lengkuas (lebar 3 cm dipotong halus)
belacan besar ibu jari
cili padi (5/6 ulas) kalau nak berapi lagi tambah lah..tp yang ni pun pedas dah kalau guna yang merah punya
air asam jawa(if guna pes asam jawa tu,guna dalam 1sudu teh ok)

Bahan B
kerisik (aku guna yang dah siap dah, kejap je..xpayah nak goreng,hehehe)
santan (guna sikit je,kalau banyak berkuah lak kerabu tu)
taugeh (ikut suka nak banyak mana)
bawang besar (dimayam halus)

bahan2 lain
ikut kesukaan...kerabu ni sesuai kalau guna
mangga
atau jantung pisang
atau pucuk paku
atau kacang botol

tapi yang ni aku guna mangga (sebiji dah cukup but aku guna pelam telor,aku kupaslah 2 biji,dicincang halus2)

Cara-caranya:
Bahan A dikisar halus.selepas tu buh semua bahan2 A dalam mangkuk (untuk digaul bersama bahan2 lain)
n then masukkan kerisik dan santan.sambil tu celurkan taugeh dan tuskan hingga kering. gaulkan sekali dengan bawang besar dan mangga nye sekali serta jangan lupa garam dan gula secukup rasa..

p/s : sebelum ni penah wat kerabu jantung, kalau nak guna jantung kena hirs halus pastu rendam dalam air garam..bagi hilangkan rasa pahit dia tu..


sekian...
selamat mencuba di rumah

post by :

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...