Followers

Rabu, 18 Mei 2011

mulakan harimu dgn Diet SIHAT

Penurunan Berat Badan
  • Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.
  • Dalam sebulan,anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg.
  • Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan.
  • Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan , anda akan;
    • Berisiko tinggi mendapat batu hempedu
    • Elektrolit tidak normal
    • Kekurangan nutrien
    • Peningkatan asid urik
    • Kehilangan protein dan otot
  • Selepas 6 bulan,penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
  • Ini adalah kerana ,apabila berat badan anda menurun , tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot.
  • Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan .

Pengurusan Pemakanan Untuk Berat Badan Berlebihan

Objektif Pengurusan Pemakanan
  • Untuk menurunkan berat badan
  • Untuk mengekalkan berat badan yang normal.
  • Untuk menghalang peningkatan berat badan .
  • Untuk mengurangkan risiko darah tinggi , diabetis mellitus dan penyakit jantung .
  • Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga.
  • Untuk mengurangkan pengambilan kalori.
Untuk mengurangkan berat badan , anda perlu mengurangkan pengambilan makanan secara berperingkat dengan teratur
· Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia.
· Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi ??? ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang.
· Kurangkan pengambilan kalori dengan ;

  • menggunakan sedikit minyak semasa memasak
  • mengurangkan penggunaan gula seperti gula pasir , gula perang , madu dan gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman.
  • meningkatkan pengambilan serat seperti sayur ??? sayuran , buah ??? buahan dan hasil bijirin seperti oats kerana makanan ini akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama.
  • minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat

  • Indeks Jisim Tubuh ( BMI )

    Indeks Jisim Tubuh adalah satu pengukuran yang digunakan untuk menentukan samada berat badan anda normal atau tidak .
    Indeks Jisim Tubuh yang normal ialah dari 18.5 hingga kurang daripada 25.

    kalau nak convert ukuran tinggi ke meter(m) klik sini


    BMI =


    Berat (kg)
    Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )


    Jika BMI anda adalah

    Anda adalah

    Kurang daripada 18.5

    Kurang Berat Badan

    18.5 hingga kurang 25

    Normal

    25 hingga kurang 30

    Berlebihan Berat Badan

    30 atau lebih

    Kegemukan / Obesiti


    Contoh Menu untuk Penurunan Berat Badan

    • Saranan pengambilan Diet seharian bagi warga emas lelaki adalah 2000 kkal dan warga emas perempuan adalah 1800 kkal.
    • Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan , saranan pengambilan diet seharian ialah 1200 kkal hingga 1500 kkal .
    • Dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Dietitian untuk menentukan keperluan anda

    Contoh Menu 1200 kkal

    Sarapan
    (7.00 - 7.30 pagi)

    • 2 keping roti mil penuh + 1/4 sudu teh marjerin lembut + 2 hiris tomato + salad
    • 1 cawan susu rendah lemak

    Makan Tengahari
    (12.30 - 1.00 tgh)

    • 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
    • 1 mangkuk sederhana sup sayur
    • 1 keping ikan tenggiri kukus
    • 1 biji limau
    • 1 gelas air kosong

    Minum Petang
    (3.30 - 4.00 ptg )

    • 3 keping biskut krim kraker
    • 1 gelas air kosong

    Makan Malam
    ( 6.30 - 7.00 ptg )

    • 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
    • 1/2 cawan kailan tumis
    • 1 mangkuk sederhana tom yam ( 1 ketul peha ayam ) + 1/2 cawan ( bunga kobis + lobak merah+ seleri + tomato )
    • 1 potong tembikai.
    • 1 gelas air kosong

    *makanan diet ni pun boleh tahan sedap juga kan..:D

    Contoh Menu 1500 kkal

    Sarapan
    (7.00 - 7.30 pagi)

    • 1 mangkuk sederhana mee hoon sup ( 1 cawan mee hoon ) + 1/2 cawan sawi + hirisan ayam
    • 1 cawan susu rendah lemak

    Minum Pagi
    (10.00 - 10.30 pagi)

    • 1 keping roti mil penuh
    • 1 gelas air kosong

    Makan Tengahari
    (12.30 - 1.00 tgh )

    • 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
    • 1/2 cawan bayam tumis
    • 1/2 cawan salad
    • 1 keping ikan merah kari tanpa santan .
    • 1 potong betik
    • 1 gelas air kosong

    Minum Petang
    (3.30 - 4.00 ptg )

    • 1 keping popia basah
    • 1 cawan susu rendah lemak

    Makan Malam
    ( 6.30 - 7.00 ptg )

    • 1 keping capati
    • 1/2 cawan ( dhal + kacang panjang + kentang )
    • 1/2 cawan bendi tumis
    • 1 ketul peha ayam tandoori
    • 1 potong tembikai susu
    • 1 gelas air kosong

    *yang ni lagi lah sedap makan malam leh makan ayam tandoori lagi,,,huhuhuhu


    *kalau petang xcari dah kot popia basah..xsempat derm

    Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas
    • Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.
    • Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.
    (Kredit to Google)...kAT Laman Web Infosihat


    post by :

    2 ulasan:

    Ieda Al-Habsyi berkata...

    kene jaga diet kesihatan pon pentingkan, sebab tu kena jumpe doktor untuk dapat nasihat diet yg seimbangkan heheh :)

    ekin mahmud berkata...

    @Ieda
    A'ah yelah kan...ikin berat badan normal je..cuma lengan dan perut je terlebih berat...huhuhu
    macam ne nak kempiskan semula yerk
    kalau pompuan slalu masalh tu lah kan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...