Followers

Selasa, 31 Mei 2011

nak tau perkembangan bayi anda seusia 12 bulan PArt 1

seronok bila tau anak nak masuk setahun dah kan...dah xsabar nak wat birthday party untuk anak ni..
hehehe...sebenarnya aku yang excited sangat pasal benda ni semua..tapi saja nak kongsi ilmu skit2...ni banyak berkenaan pasal anak aku yang seminggu lebih lagi nak masuk 12 bulan...

Jom kita ketahui dengan lebih lanjut lagi:

1. LANGKAH PERTAMA BABY benda ni memang arissa dah tempuh..genap je sebelas bulan dia dah pandai mengatur langkah dia, aku dan hubby aku xdalah ajar dia berjalan sangat..tapi kadang2 tu bila suh bertatih lain yang jadinya.bukannye berjalan..menari plak kat situ..anak aku ni memang suka menari pantang je bernyanyi kat dia..terus gediks je badan...hahaha...(xikut perangai mama dia ok) yang membolehkan dia berjalan sendiri tu sebab kami selalu biarkan dia main sendiri berjalan kat tepi2 kabinet..kononye lah dah boleh jalan..tp stay kena pegang sesuatu untuk dia berdiri..tp dalam masa nak boleh jalan tu seringkali lah dia sakit demam,cian mama tengoknye..tp xsampai sebulan berlatihkan kaki dia,dah pun boleh berjalan sendiri......



Kebanyakan kanak-kanak mengambil langkah awal mereka dengan berjengket sambil mengarah kaki mereka ke luar...erm nak tau cara anak aku ni dengan memijak control tv...nak latihkan kaki dia bergerak kot..aku pun taktau apa motif dia..kadang2 risau takut jatuh terlentang plak
. dalam masa nilah seronok duk amik gambar aksi2 11m.sg.berlaku..kadang2 memang xsempat pun nak snap.time ni jugalah dia dah pandai makan sendiri..makan coki2 lagi gitu korang..tp perut muda lagi..arissa xsesuai lah..dia sakit perut makan ni,tp kalau xbagi menangis bebal xsangga


korang jangan hairanlah pegang botol susu sendiri pun sampai sekarang tak reti lagi...aku pun dah taktau skill macam ne lagi nak ngajor nye..kalau suh pegang sendiri terus dia tolak xnak minum susu..pandai dah protes..so last last aku lah terpaksa pegangkan untuk dia.. buttttt...oh ade plak benda lain dia pegang bekas minuman ada tangkai dia pandai pegang,buh air masak je mau.kalu aku buh air susu dia hisap pastu wat muka pelik..ntahlah rasa lain kot buh dalam bekas lain..jangan heranlah anak aku ni memang pelik sikit dari budak lain...

2. Permainan Baru Bayi

wah...wah....bukan main lagi tau anak aku ni dah demand..dulu ok lagi suka main kat taman permainan..
macam entry ni gelagat arissa di taska, yang free je,mama xkisah lah teman sampai berpeluh pun..

ni mainan lama lah mama dah tak up todate lah...common sekarang kan dah zaman moden
main pun dalam tempat ada air-cond..ni kan panas...
wah... dah pandai memilih anak aku ni ek...boleh contohi arissa ni bijak membuat pilihan..korang nak tau apa yang dia suka main sekarang

mainan pertama

xpuas lagi nak mainan kedua pula...

hari berikut nye..

nino nino ninno....ade gaya x anak aku bawa ambulan...hahahaha
memang pesakit tu pi arah lain lah kot nampak gayanya..


haa amik ko...sehari 2 kali nak main.. nak yang mainan beza2 lak tu... kalau guna duit kertas xpelah..ni nak kena cari duit syiling..jenuh papa dan mama jolok korek dalam purse masing2 ni.bukan nye 20sen..bawa keta sorong tu boleh lah 20sen..tu pun leh dapat balik...mana fill kan main tolak2 kat situ je.kongsi denga barang2 lain plak tu.yang ni nak kena buh duir seringgit syiling lah plak..kalau xcukup sekupang pun xleh nak jalan..cekik darah punya mesin!

kalau dah duit abih tu lalu depan mesin ni kena tutuplah mata arissa..hohho..kecik lagi boleh lah kami mengelak..kang dah besar mmg kena tinggal duk kat umah jelah jawabnye..

note ni pun ade tilis gak pasal 'bagi bayi anda, perbuatan menolak, membaling dan melanggar semua benda dan membuatnya jatuh merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Dia suka memberikan anda alat mainan tapi dia juga akan mengambil alat mainan daripada anda, dan dia juga suka meletakkan barang seperti bongkah ke dalam bekas dan mengeluarkan semuanya semula. ' salah satu cara yang arissa pernah wat

jangan tiru aksi ini di rumah anda ok..
abaikan gambar belakang tu (hubby aku mmg suka pakai short pant dlm umah)

3. memudahkan waktu tidur

yang ni memang banyak perubahan arissa masa dia 9-10 bulan...time ni tidor awal..pukul 7.30-8.00 mlm dah out dah...dengan sekali aku out dalam bilik tidor..kami tidor asing dgn papa dia..
bila dah nak masuk 12 bulan ni banyak lah perubahan..tidor lewat...nak main je bnyak..ni time 10 bulan lebih..teman aku tgk AF..sampai kul 11 malam lak tu..pecah rekod ni,dari kul 7 xtidor

Siap landing atas mama gitu,ni first time tau aku pun terkejut tgk anak aku boleh duk senyap masa ni


xcaya tgk tu..dia minat kat erul kot..hahaha
mama minat hazama lah..kawtim
tgk mata tu dah kuyu macam ikan puyu dah kot
time ni papa dia outstation..mmg merdeka lah kami duaorang

dalam tips ni pakar cakap' Mengikuti rutin tidur yang tetap, seperti mandian atau membaca buku cerita sebelum tidur, mungkin boleh membantu bayi anda tidur'

takda makna nya anak aku nak dengar aku bercerita kot...xpernah try lagi lah..tp bila aku bercakap dengan dia selalu dia wat hal sendiri je yang aku nampak.xpernah nak dengar cakap mama ni.last2 aku yang tertidor kot...hahahha..

tips yang selalu aku wat..dan ibu2 lain pun mmg dari azalilah katakan mmg duk wat benda ni sebelum tidurkan anak....menyanyikan lagu atau bermunajat (zikir)..biasa mmg menjadi time dah ngantuk sangat sangatlah..kalau x mama dia yang tidur kot..plus dengan dodoinya sekalilah..anak aku ni manja org dia.nak tidor atas peha dulu baru letak atas tilam..kalau x dia proteslah sbelum tidur

*sambung part 2 nanti...





post by :

Isnin, 30 Mei 2011

khAS bUAt aRIssA yang dirindui...

masuk hari ni dah 4 hari dah arissa xda..rindunye mama dgn papa tau..
hari pertama tu..bolehlah lagi mama dgn papa berebut seluar arissa yang xbasuh lagi..
duk lawan cium bau seluar busuk arisa tue...hehehe..tp masam-masam wangilah bau baby..

malam tu mama bawa masuk sekali tidur dgn seluar arissa....heee mesti korang kata aku ni pengotor kan..
lantaklah ape org nak cakap..tp besok pagi tu hari sabtu..hubby aku suh buhlah dalam mesin sekali dia nak basuh baju semua...so terpaksalah mama bagi kat papa..kebersihan anak kena jaga juga doh..nanti kena kurap plak..

tapi dalam2 duk rindu tu sempat lagi mama dgn papa jalan2 kuar gi Jalan Tar..hehehe...arissa jgn marah mama dgn papa..marah acik intan.dia yg ajak teman..papa tu bukan leh tinggal nak ikut je kerja..tp kalau ada arissa pun 2 3 kali mama nak pikir bawa arissa..sbb panaslah cuaca skang ni..lagi pun anak mama ni sensitif,sikit2 nak sakit..skang pun sakit lagi duk umah tok nye pun..ulser kat mulut tu pun xlega lagi... kan skang cuaca xmenentu,kejap panas kejap sejuk..tulah puncanye jd penyakit macam2, harap2 minggu depan mama gi umah tok..arissa dah baik ok..eeeiiii rindu giler lah..tiap2 hari mama dgn papa teringat tau,acik intan pun rindu.kata sunyi lah umah xada arissa

terasa siott klau anak xda kat umah..terpaksa lah gi anta balik kampong nukan sebab dia sakit..sebab hari rabu hingga jumaat minggu ni aku kena gi Kursus team Building kat Tekam Plantation Resort...dekat je dgn umah tok arissa,,tp mama dlm kursus susahlah nak curi2 gi jenguk arissa..hari jumaat nanti terus mama gi kat arissa k..

sambung balik untuk hari ketiga ketiadaan arissa di rumah,,,uishhh..hari berehat sedunia,lagilah terasa sunyi + bosan ok...mama ngan papa xtau nak wat ape...nak kemas umah pun..umah dah bersih sbb xda org nak menyepahkan barang,so apa lagi wat taik matalah keja kitaorg kat umah..hahaha..xsenonoh betul lah mama ni lah...kalau arissa ade duaploh empat jam kena layan dan duk menempek je dkt arissa..mana leh jauh2..sampai skang duk umah tok dia pun macam tu..tok dia kena heret je kemana2..dalam bilik tut tut pun kena bawa...uishh tu masa kecik2 je lah..skang dah pandai main,janji ada org kat sbelah

ohh...arissa..hari ni mama kebosanan juga..nasib ada blog ni menemani mama...kalau x pagi2 mama kena anta arissa kat taska..kalau x sah lah kul 9 pagi baru nak masuk opis..punch kad sbelum matahari naik,masuk opis dah nak tengahari lak tu..hehehe..memang terasa gila lah..semua org hairan tgk aku pagi2 dah makan kat tempat aku..klau x kul 9 ke atas baru nak bekfes,jgn korang hairanlah pagi2 aku dh blogwalking tau..minggu ni jelah...minggu depan anak aku dah balik yerkk...

sebenarnya xsabar lah hari ni berlalu..rasa mcm lambat je semua..nak wat ape pun xda mood..anyway i miss u,my little girl..comei geram tau kat pp arissa nak cubit2 nak cium peluk kuat2..


skang dah kempis ckit pipi tu..muka dah panjang ckit..dah asyik demam je..susut lah pipi tukan..badan duk tera tu gak..heehehe..sesedap peluk


yang ni je lah pengubat rindu mama....hari2 tgk video arissa.. korang nak tgk
kelakar bila tgk kerenah budak-budak ni kan..sampai mama dgn papa gigibiru lah nak tgk video arissa time kerja nanti,,leh layan rindu jap..

ala...xboleh nak upload video lak..berat sgt kot..xpelah kita layan gambar je lah yerk..

budak ni juara guling di rumah...jatuh katil pun dah banyak kali juga


tukang menyepahkan umah pun serah pada dia juga lah...mmg dia pakar dalam bidang ni


kaki berjalan pun no.1..kalau dah habis benda dia mengemas,,dah xda keja lain dah kan..dah bosan gila..lepas tu ajak papa dia lah kuar jalan..masa tu dia wat hal lah dlm umah..hohoho dh paham dah sgt

ni time mood baik..boleh je main sorang2...'don't disturb me,ok'

post by :

Khabar angin konon Google nak padam semua non-Gmail account on Blogger!! siyess

Khabar angin sahaja benda itu konon konon Google nak padam semua non-Gmail account on Blogger.

Ya. Blogger.com akan delete akaun tapi cuma akaun yang tak pernah aktif sebelum dan selepas tahun 2007. Yang tak pernah aktif langsung mereka akan padam.

Tahu kenapa aku susah nak percaya dengan khabar angin katanya Blogger.Linkcom nak padam semua account yang pakai non-Gmail untuk login ke Dashboard pada 25th June nanti?

Because of this note from Blogger Buzz.


Baca benda yang aku highlight dan tanda merah tu.

Awal awal notes tu dia dah tekankan yang message tu hanya untuk yang tak pernah nak aktif dalam Blogger.com sebelum dan selepas tahun 2007. Yang aktif boleh abaikan message tu. Lepas tu isi notes tu tekankan lagi perkara yang sama.

Lain lah message tu kalau berbunyi :
(This message only applies to a tiny fraction of users who still USING NON-GMAIL ACCOUNT TO LOGIN INTO BLOGGER. If you've using GMAIL to login, you won’t be affected and can disregard this message.)

Aku pernah ada account Blogger tahun 2006. Blog tu pun dah berkubur lama. Username dengan password pun aku dah lupa terus. Aku masih ingat lagi tahun 2006 tu, masa nak login ada dua login form. Satu untuk yang mendaftar sebelum tahun 2006 dan satu lagi yang mendaftar selepas tahun 2006. Kalau tak silap aku lah.

Lepas tu akhir tahun 2007. Aku daftar lagi sekali pakai akaun Yahoo. Dan wujudlah blog ni sampai sekarang. Masa tu aku tak kenal lagi apa apa pasal Gmail selain Hotmail dan Yahoo.

Kalau Google betul nak padam non-gmail account, there will always an official word about that. Tapi aku tak nampak pun kat mana mana lagi. Aku siap check inbox email aku yang ada 21k email unread tu. Spam siap check. Tak ada daripada Blogger pun pasal nak padam account aku sebab aku pakai non-Gmail account untuk login. Yang cuma ada email daripada Facebook.haha.

Dalam notes atas tu pun kata nak hantar email kan kat account yang berkenaan kan? Masih senyap je Blogger ni. Maksudnya non-Gmail account aku tak terkena lah kan sebab aku aktif dalam Blogger.com sejak tahun 2007 sejak aku daftar.


Aku rasa lepas 25th June ni, newbie yang nak daftar Blogger.com dah tak boleh daftar pakai non-Gmail account. Kan dia kata dah tak support lepas 25th June kan. Jadi dia dah tak boleh terima penambahan non-Gmail account. Jangan percaya pendapat aku ni 100%. Just my thoughts based on their words :D

Tak nak percaya lagi ke?
Aku pun daftar baru kat Blogger.com pakai Gmail dan Yahoo.
Lepas tu aku masuk migration page tu. Aku cuba nak migrate lepas tu keluar message User Account Not Found. How come tak jumpa kalau aku baru daftar beberapa saat yang lalu? Bila difikir balik, aku daftar lepas tahun 2007. Mana ada user account aku dalam database dorang tu. Logik kan? Tak apa. Nanti aku create lagi satu account Blogger lepas 25th June. Tengok apa akan jadi.

Kalau kau masih takut takut Google akan padam non-Gmail account Blogger kau. Buat lah backup blog. Tak susah pun backup. Lagipun kita ni bloggers kena pandai pandai buat backup hoi. Kang apa apa jadi kat blog macam Blogger.com tiba tiba remove blog kau ke, masa tu lah bakcup boleh digunakan.

Paling tak boleh blah, ramai yang copy paste copy paste entri yang sama pasal benda ni. Tak ada effort ke nak tulis entri sendiri? Kamon. Sebelum nak spread news tu, siasat dulu perkara tu betul ke tak. Make a few research. Google up for this issue.

Anyway my last word on here to end this entry.
Aku masih menunggu Blogger Buzz untuk updated seterusnya. Kalau dia nak padam non-Gmail account, they should send an email to notify me. Is up to you to believe this rumors or not. I am not going to believe this rumors. Not any unless Blogger Buzz give an official word about non-Gmail account thing.

Trivia : Ada banyak perbezaan antara Google Account dan Gmail Account. Kalau rajin Google apa bezannya jumpa lah jawapannya :) dan segala kekusutan terhadap notes itu akan terungkai if you do understand what is the difference between Google Account and Gmail Account :D


----------100% disalin dari http://rojakstory.blogspot.com/
xlupe juga kredit to MEMORIALISME

mati-mati aku percaya Google nak delete yang sign in blog pakai non-Gmail tau!!! sebelum 25 june ni plak tu sape yang xtukar nak kena delete

harap2 lah ini semua khabar angin

dah berejam-rejam dah aku godek-godek pc aku ni nak tukar email gmail jadi primary email utk blog aku ni
tp xboleh lah...xpelah..never mind

klau betul lah kata amoi kat atas ni..nasib bek aku lah erk..

aku jarang2 update ntry je..tapi selalu wat blogwalking suka baca entry2 org lain...yang selalu aku buka blog cik epal lah...tp kadang2 terlupa nak sign in juga..waaaaa

besalah buzy skit..huwaa huwaa...busy lah sgt ekk... oklah entry ni untuk makluman semata2 je..
xpayah wat tindakan apa okay... daaaa

last sekali aku suka trivia amoi ni..kan kan betul x cakap dia,




post by :

Rabu, 18 Mei 2011

mulakan harimu dgn Diet SIHAT

Penurunan Berat Badan
  • Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.
  • Dalam sebulan,anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg.
  • Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan.
  • Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan , anda akan;
    • Berisiko tinggi mendapat batu hempedu
    • Elektrolit tidak normal
    • Kekurangan nutrien
    • Peningkatan asid urik
    • Kehilangan protein dan otot
  • Selepas 6 bulan,penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
  • Ini adalah kerana ,apabila berat badan anda menurun , tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot.
  • Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan .

Pengurusan Pemakanan Untuk Berat Badan Berlebihan

Objektif Pengurusan Pemakanan
  • Untuk menurunkan berat badan
  • Untuk mengekalkan berat badan yang normal.
  • Untuk menghalang peningkatan berat badan .
  • Untuk mengurangkan risiko darah tinggi , diabetis mellitus dan penyakit jantung .
  • Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga.
  • Untuk mengurangkan pengambilan kalori.
Untuk mengurangkan berat badan , anda perlu mengurangkan pengambilan makanan secara berperingkat dengan teratur
· Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia.
· Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi ??? ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang.
· Kurangkan pengambilan kalori dengan ;

  • menggunakan sedikit minyak semasa memasak
  • mengurangkan penggunaan gula seperti gula pasir , gula perang , madu dan gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman.
  • meningkatkan pengambilan serat seperti sayur ??? sayuran , buah ??? buahan dan hasil bijirin seperti oats kerana makanan ini akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama.
  • minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat

  • Indeks Jisim Tubuh ( BMI )

    Indeks Jisim Tubuh adalah satu pengukuran yang digunakan untuk menentukan samada berat badan anda normal atau tidak .
    Indeks Jisim Tubuh yang normal ialah dari 18.5 hingga kurang daripada 25.

    kalau nak convert ukuran tinggi ke meter(m) klik sini


    BMI =


    Berat (kg)
    Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )


    Jika BMI anda adalah

    Anda adalah

    Kurang daripada 18.5

    Kurang Berat Badan

    18.5 hingga kurang 25

    Normal

    25 hingga kurang 30

    Berlebihan Berat Badan

    30 atau lebih

    Kegemukan / Obesiti


    Contoh Menu untuk Penurunan Berat Badan

    • Saranan pengambilan Diet seharian bagi warga emas lelaki adalah 2000 kkal dan warga emas perempuan adalah 1800 kkal.
    • Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan , saranan pengambilan diet seharian ialah 1200 kkal hingga 1500 kkal .
    • Dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Dietitian untuk menentukan keperluan anda

    Contoh Menu 1200 kkal

    Sarapan
    (7.00 - 7.30 pagi)

    • 2 keping roti mil penuh + 1/4 sudu teh marjerin lembut + 2 hiris tomato + salad
    • 1 cawan susu rendah lemak

    Makan Tengahari
    (12.30 - 1.00 tgh)

    • 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
    • 1 mangkuk sederhana sup sayur
    • 1 keping ikan tenggiri kukus
    • 1 biji limau
    • 1 gelas air kosong

    Minum Petang
    (3.30 - 4.00 ptg )

    • 3 keping biskut krim kraker
    • 1 gelas air kosong

    Makan Malam
    ( 6.30 - 7.00 ptg )

    • 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
    • 1/2 cawan kailan tumis
    • 1 mangkuk sederhana tom yam ( 1 ketul peha ayam ) + 1/2 cawan ( bunga kobis + lobak merah+ seleri + tomato )
    • 1 potong tembikai.
    • 1 gelas air kosong

    *makanan diet ni pun boleh tahan sedap juga kan..:D

    Contoh Menu 1500 kkal

    Sarapan
    (7.00 - 7.30 pagi)

    • 1 mangkuk sederhana mee hoon sup ( 1 cawan mee hoon ) + 1/2 cawan sawi + hirisan ayam
    • 1 cawan susu rendah lemak

    Minum Pagi
    (10.00 - 10.30 pagi)

    • 1 keping roti mil penuh
    • 1 gelas air kosong

    Makan Tengahari
    (12.30 - 1.00 tgh )

    • 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
    • 1/2 cawan bayam tumis
    • 1/2 cawan salad
    • 1 keping ikan merah kari tanpa santan .
    • 1 potong betik
    • 1 gelas air kosong

    Minum Petang
    (3.30 - 4.00 ptg )

    • 1 keping popia basah
    • 1 cawan susu rendah lemak

    Makan Malam
    ( 6.30 - 7.00 ptg )

    • 1 keping capati
    • 1/2 cawan ( dhal + kacang panjang + kentang )
    • 1/2 cawan bendi tumis
    • 1 ketul peha ayam tandoori
    • 1 potong tembikai susu
    • 1 gelas air kosong

    *yang ni lagi lah sedap makan malam leh makan ayam tandoori lagi,,,huhuhuhu


    *kalau petang xcari dah kot popia basah..xsempat derm

    Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas
    • Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan.
    • Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.
    (Kredit to Google)...kAT Laman Web Infosihat


    post by :

    Rabu, 11 Mei 2011

    cara2 wat kerabu style aku!!

    selamat petang...
    petang ni aku nak kongsi cara wat kerabu..


    adelah ilmu skit2 yang boleh aku kongsi dgn u all
    dulu2 aku wat kerabu mmg xmenjadi..hahaha
    xreti sgt pun memasak ni
    lepas tu baru aku belajar betul2 bahan2 yang perlu dalam kerabu ni dgn mak aku
    thanks mak...i love u...hehehehe..kredit to my mum

    kalau nak makan tu mmg kejap je habis
    tapi nak wat nye memang lama beb,,
    amik masalah
    tp...kalau beli yang bahan2 yang dah siap..kejap jer

    oklah...nak tau apa bahan2 nye: ( untuk 5 org makan)

    Bahan A
    3 sudu besar kelapa parut
    4 ulas serai (dipotong halus2)
    halia (lebih krg 4cm)
    lengkuas (lebar 3 cm dipotong halus)
    belacan besar ibu jari
    cili padi (5/6 ulas) kalau nak berapi lagi tambah lah..tp yang ni pun pedas dah kalau guna yang merah punya
    air asam jawa(if guna pes asam jawa tu,guna dalam 1sudu teh ok)

    Bahan B
    kerisik (aku guna yang dah siap dah, kejap je..xpayah nak goreng,hehehe)
    santan (guna sikit je,kalau banyak berkuah lak kerabu tu)
    taugeh (ikut suka nak banyak mana)
    bawang besar (dimayam halus)

    bahan2 lain
    ikut kesukaan...kerabu ni sesuai kalau guna
    mangga
    atau jantung pisang
    atau pucuk paku
    atau kacang botol

    tapi yang ni aku guna mangga (sebiji dah cukup but aku guna pelam telor,aku kupaslah 2 biji,dicincang halus2)

    Cara-caranya:
    Bahan A dikisar halus.selepas tu buh semua bahan2 A dalam mangkuk (untuk digaul bersama bahan2 lain)
    n then masukkan kerisik dan santan.sambil tu celurkan taugeh dan tuskan hingga kering. gaulkan sekali dengan bawang besar dan mangga nye sekali serta jangan lupa garam dan gula secukup rasa..

    p/s : sebelum ni penah wat kerabu jantung, kalau nak guna jantung kena hirs halus pastu rendam dalam air garam..bagi hilangkan rasa pahit dia tu..


    sekian...
    selamat mencuba di rumah

    post by :

    Jumaat, 6 Mei 2011

    Tips blogspot untuk blog korang

    assalamualaikum....

    hai kawan-kawan yang setia membaca dan sudi baca blog ni
    entry ni khas wat orang yang baru belajar pasal blog dan yang dah lama berblog dan xtau macam ne nak mencantikkan blog kita...ni ada blog yang mengajar tutorial utk blog

    mungkin ramai dah blogger kat luar sana tu tau pasal blog ni kan...
    yang rajin blogwalking tu mesti akan jumpa blog ni
    tapi aku baru je dapat tau pasal blog ni..
    aku gi jalan2 kat blog org and then terlihatlah satu button tu 'get this here'
    hehehehe...aku pun dah tutup dah blog tu..sowy2 k..thanks pada blogger tu..huhuu

    ni blog yang aku review pagi tadi..macam2 boleh kita dapat dalam blog ni
    keseluruhannya tentang Tips blogspot lah.. bnyak juga yang boleh kita guna pakai
    aku cuba pakai ckit je...banyak2 nanti berat pulak blog aku duk loading kan..huwaa huwaa huwaa
    ni blog dia...simple n ringkas je tapi padat dengan tips okeyhh
    ni lah tips yang kita boleh cari dalam blog ni
    xnampak kan....kalau nak nampak lebih besar sila klik gambar berkenaan, ok guys

    yang penting nye tuan tanah ni dah bagi green light untuk kopi and teh ok...huwaa huwa huwaaa
    tanpa segan silu tulah aku terus wat entry untuk beliau..



    sekian terima kasih...
    selamat mencuba k... http://tutorialuntukblog.blogspot.com/


    post by :
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...