Followers

Selasa, 20 September 2011

Suasana beraya di Kedah, ape cer

Selamat petang...

kalini nak cerita pulak macam ne suasana kami beraya kat Kedah..
memang happening lah lama-lama sekali nak berjumpa (aku la tu)

tengok-tengok sepupu aku dah besar panjang, sampai aku pun tak camyang mana satu adik dengan kakak dah muka pun semacam..anak buah lagilah nama pun xtau..habis tu time raya je nak pergi..kalau mak abah aku tak ajak memang pakat tak pi lah sampai ke sudah.hahahaha

Raya ketiga masa ni aku gi rumah makngah aku kat Kepala Batas, n then pergi rumah maklang aku lak kat Changlon..huih memang tak larat lah..dari sampai Perlis langsung tak berehat langsung..
kerja berjalan je..kalau hampa nak tau.kalau balik Perlis memang macam ni..keluarga aku memang suka berjalan..kami jarang duk kat rumah sangat..kalau hari sekolah lainlah.sebab adik bongsu aku masih sekolah..

 arissa dan alisya

 
semua pakat serang kuih raya..time ni tengahari dah, lapar nasi..hehehe


 
Nur Kasih Damia
anak buah aku sorang ni memang suka gelak...
 
 maklang dan mak long mula bergosip..lama xjumpa..

 
 
sampai xlarat nak makan kuih dah... lauk xsiap lagi..huhuhu

 



 
ni la lauk yang kami masak, aku tolong potong sayur ja..hehehe
sebab ada penolong chef sorang lagi duk kacau kat dapur..
tapi air asam paru makngah aku memang terbaik punya...rindu nak makan lagi


 kenyang perut suka hati..yeay

 sampai mandi arissa..mau tak nya..panas gila time ni..
aku pun berlengah dah..tapi tak bawa baju salin..kalau tak dengan mamanya sekali mandi

 


 ni lah anak sepupu aku..mai mai dah besar dah
siap dah ada adik lak tu..
hari tu beraya baru tau nama..huhuhuh

 

 gambar kat rumah maklang...takada coz
cameraman letih agak nya
cameraman tu abg. Kashah aku la..hehehe
tu lah pasai muka dia je tak da
















post by :

SEBELUM BERITA SEDIH...DAPAT BERITA GEMBIRA DULU

 Good Morning...
hari ni sarapan apa??

ishh...gembira nye...ok ok
lupakan yang sedih2 ok..

kembali semula episod RUMAH IDAMAN KU

Bandar Akademia

Buat masa sekarang, penilaian dan Pinjaman Tanah aku dah Lulus..ye ye..hehehe
bukan main seronoknye...ye lah sebab tak ada yang kena query

Tapi yang sedih nye pula...mak aii tiap-tiap bulan kena potong bulanan bayar tanah tu lah...RM300 lebih lak tu..kui kui kui..padan muka aku

Tapi tak pelah kan..dapat juga hasil nye lepas ni..

Semoga Impian aku ni terlaksana ye..aminn


post by :

Isnin, 19 September 2011

Minggu paling Sedih, Pedih dan Letih

selamat petang kawan-kawan...
nak jadikan kisah lah kan..minggu lepas memang letih dibuatnya..dah kena amik EL sampai 3 hari untuk jaga anak aku yang kena jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut..

entah tang mana anak aku dapat jangkitan tu pun aku tak pasti,,nak kata taska,
cikgu taska kata tak ada pula budak yang kena penyakit tu..tapi pada 2 bulan lepas adalah aku terdengar ada budak bilik 3 tahun kena penyakit tu... Allahualam lah..
mungkin disebabkan dia ni seorang peputing..hahaahaa..kelakar.. cikgu dia katalah salah satu sebab

 

 ni kat kaki je yang boleh snap..dalm mulut memang susah lah amik gambar..
kena bayar mahal sikit kat model ni
gambar tangan dia ni tak berapa jelas,,sebab tak pakai flash..


tapi tak kritikal sangat lah dia kena...doktor kata pun tak serius, kalau serius tu sampai kena tahan masuk wad tu...makan pun xboleh...tapi arissa...bermangkuk-mangkuk jugalah dia balon...



 
kan aku dah kata..tengok tu punya lapar anak aku...ni hari kedua dah...hari ni lah juga IK dari PKD datang tengok keadaan arissa..dalam tak serius pun arissa dengan aku sekali kena kuarantin sampai 5 hari dari 14hb hingga 18hb September...huh memang letih juga lah jaga budak cinonet ni..sebabkan papa dia 2 hari tak ada kat rumah.
^
^
^
^
^
`
`
`
`
`
`
`
``
``
``
``
``
``
+
+
+
+
+


Berita Sedih

HARI SABTU bersamaan 19 Syawal 1432 aku mendapat masej dari akak aku menyatakan tok aku iaitu Tok Mah meninggal dunia pada pukul 6pagi...sedihla memang aku tak dapat nak balik tengok arwah sebab pagi-pagi lagi hubby aku dah keluar outstation bawa Dato' pergi Penang..kalau tak memang hubby aku nak balik tengok juga

wanita yang berbaju kurung purple tu lah tok aku..(al-fatihah wat dia)

Hari ini dah masuk 3 hari tok aku pergi bersamaan 21 Syawal 1432...tiba-tiba aku dapat berita sedih lagi,emak aku call bagitau yang wan Ali aku pula dah tiada kat dunia ni... tapi dalam rasa hiba tu aku rasa lega juga.. sebab Wan Ali aku tak seksa dah dengan penderitaan sakit tua dia selama 2 tahun dia terlantar kat rumah tu.. mungkin juga dia boleh bertahan selama tu masa tok aku masih ada..

Sekarang dua-dua dah tak ada..mak dan abah aku jadi anak yatim piatu dah...huhuuhu (tak wat lawak yerk) 
 boleh tersenyum lagi wan aku...arwah memang suka wat lawak
 Gambar ni amik masa Raya Pertama...

bila balik Perlis nanti, mesti rasa sunyi tak ada tok dengan wan aku..tapi adik beradik ada ramai duk kat rumah tok aku tu.. tapi tak samalah...

hari ni pun aku tak balik perlis sebabkan aku dah amik cuti 3 hari dah jaga anak aku sakit, dalam bulan ni dah 6 hari aku cuti...
huhuhuhu...tak dapat lah nak tengok arwah wan aku juga.......

mood: sedih :'(
post by :

Raya kat perlis

assalamualaikum.......ada lagi ke mood raya ni..
hehehe... dah lama dah gambar ni baru nak buh kat blog..

jomlah kita layan gambar ni..
masa ni i beraya kat Perlis..
kampung aku..
memang best..
setahun 2kali pun nak balik..
huhuuhuu..kesian kan kat aku
anak perantauan katakan
aku sorang je dalam family aku duk jauh..

yang lain-lain semua duk kat perlis
ehh...jom layannnn gambaq.........

walaupun 12jam dalam perjalanan balik dari pahang ke perlis..
bersemangat lagi pi beraya kat kampung malam sampai tu juga..




 kalau duk kat kampung dia..memang dia sukalah..ramai rakyat
hehehe...tengok budak ni segar bugar lagikan sebab dalam kereta dia tidoq ja



 ni gambar cucu-cucu wan mud dia..sapa paling comel erk??
cepat angkat kaki

 ni lah sepupu-sepupu aku..dan anak-anak buah sepupu pun dah ramai dah..
masa ni kat rumah war nah aku, rumah sebelah menyebelah je dengan rumah tok aku

 yang ni rumah tok aku..

ni rumah makngah aku plak..sebelah rumah tok aku juga
 masa malam ni birthday sepupu aku,ada lah buat party sikit..
makan sate beb..sedap..
masa malam merdeka ni

tengoklah masa ni lagilah sanak saudara semua pakat berkumpul
ramai tak?? balik family abah aku ni memang ramai

ok jom kita bersambung tengok family belah emak aku kat Kedah pulak no
tunggu.......
bye bye
post by :

Jumaat, 9 September 2011

Sambutan Raya Kementerian Kesihatan di PICC

Assalamualaikum................

kelmarin 8/9/2011 Kementerian Kesihatan wat Sambutan Hari Raya dan kemerdekaan sekali kat PICC...









aku pun join sekali lah...tp diaorang bukan panggil semua kakitangan KKM cuma separuh je dari kakitangan KKM sbb nak jimat kos kot...entah aku pun tak tau pasal tu...

nama pun sambutan raya kena lah panggil semua kan...memang xadil langsung...dah macam kursus dah nampak gayanya..orang yang ada nama je boleh pi..
tp kat sana takdalah kejam sangat sampai nak amik nama bagai

cumanya makananlah xcukup..bukannya sebabkan ramai orang datang....kerusi pun xpenuh orang duduk tapi makanan stay xcukup..

makanan memang sedaplah...kami duk tepi-tepi booth makanan..memang semua makanan kami dapat rasalah..kesian juga kat orang yang kat tengah-tengah dewan memang takdan nak amik makanan,sampai-sampai je kat booth terus makanan pun habis...hahahahhaha...kelakar tak

ok never mind...dah lepas pun event tu...ok orang-orang yang handle sambutan ni lain tahun jangan wat lagi k macam ni...kesian kat sapa yang hadir ni...












post by :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...