Followers

Rabu, 28 Mei 2014

Rumah Idaman Fasa 2

Assalamualaikum,,

Sebelum ni saya pernah post dah pasal Rumah Idaman ini..
Kali ni tunjuk progress Fasa 2 lak..pembinaan rumah

Alhamdulillah..dah semakin meningkat jadual fizikal nya..bulan ni dah mencecah 90%..

sekarang bukan dah nama Bandar Akademia..dah jadi Mahkota Hill dah namanya..

Minggu ni InsyaAllah akan pergi melawat rumah ni lagi,
ingat nak pi tanam2 pokok..xtaulah dah boleh ke idak lagi..









Gambar di atas ni progress dari bulan september 2013 sehingga Januari 2014





 
 
Yang ni dari Bulan Mac hingga April 2014


hehhehe...rasa seronok, rumah idaman hampir siap... :D

wassalam......

Isnin, 26 Mei 2014

Arwah Afif Tajuddin anak kedua ku

Bismillahirrahmanirrahim..........
Assalamualaikum...

Nama dipanggil Afif Tajuddin
Dilahir pada 1 Februari 2013 pada jam 5.05 pm hari Jumaat
Arwah lah anak kedua saya...dah lama menyepi blog ni. tup tup dah ada anak keduakan..
memang masa mengandung tu ada alahan kot dgn blog nak update pun malas..
lagi pun di tempat ofis lama dulu memang busy sikit,xdan nak buka update blog sendiri..hehehe (alasan)

Arwah meninggal pada 3 September 2013, umurnya genap 7 bulan. Last tempat kejadian adalah di rumah pengasuh saya (Presint 11), pada pukul 11.30 pagi masa saya tiba di rumahnya...anak saya dah tidak bernyawa. Ada kesan garis di atas bibir dan bibirnya pecah, kata pengasuh tu jatuh ketika anak saya mahu cuba merangkak tapi saya xpercaya..manakan jatuh merangkak sampai boleh anak saya meninggal..geram jugalah masa tu..

nak wat cam ne kan..apa2 kes yang terjadi di Putrajaya ni semuanya nak ditutup, ingat kami semua ibu bapa yang mangsa keadaan ni bodoh sangat ke..saya dah wat macam2 juga tindakan..dah jumpa ahli UMNO xjalan..dah call JKM, xda tindakan pn, dah hantar report lagi kepada BPH Putrajaya. dan juga wat aduan pada SUSK Menteri Kesihatan juga,xboleh nak wat apa juga..pun sama juga..just boleh mesyuarat pastu xtaulah apa keputusan diaorang..

Polis yang wat siasatan kes saya ni pun,makan rasuah..kerja xwat..semua kita je yang kena call tanya..dia tak call feedback kepada kami. Last2 ada nasihat dari kawan kata wat surat kepada PM. PM balas dan hantar surat tu kepada Ketua Polis..and then dah kena tindakan Tatatertib pegawai siasatan, baru wat kerja..

dalam sebulan lepas wat surat tu, Pegawai tu call dan bagi Result Postmortem Hospital..menyatakan Sebab kematian anak kami disebabkan Phnemonia(jangkitan paru-paru).. Hampa rasa nya...Teraniaya rasanya..masa saya hantar anak saya dalam keadaan yang sihat walafiat..dan meninggal pun meninggalkan kesan pada mukanya..tapi macam ne keluar result makmal macam tu..xlogik langsung..

Takpe lah saya redha dan cuba tabah dengan Ujian Allah SWT kepada kami sekeluarga..walaupun ada juga segelintir masyarakat mengherdik, mengata dan memandang serong bila anak kami jadi macam ni tapi dikatakan kami xambil tindakan apa2 pun (macam kami ni xamik kesah pun) ko tau ke apa yang berlaku kat aku siang dan malam ku tanpa anak yang selalu menyusu dsisiku.. kami ni keluarga yang xmampu..saya pun dah wat apa yang saya termampu dan terdaya..bukan keluarga kami je jadi macam ni ramai lagi mangsa yang anak mereka meninggal ditutup kes sewenang-wenangnya macam tu je..

tetapi ada hikmahnya..tidak sampai setahun Arwah pergi meninggalkan kami, datang orang baru dalam hidup kami..saya mendapat berita gembira, saya mengandung lagi...hehhehehe..seronok, teruja sangat2 dan sekarang lebih rasa berhati2 xnak dah anta anak di rumah orang..lepas ni InsyaAllah dipermudahkan dapat Taska di tempat kerja saya ke..mudah nak ulang alik tengok anak..

Ni gambar malam terakhir Arwah Afif Tajuddin

 Ni gambar sehari sebelum arwah meninggal bersama Kakak Arissa

Papa, Mama dan Kakak sentiasa merindui adik...
Sayang adik (itulah kata2 yang selalu keluar dari mulut kakaknya)


sekian wassalam..

Sabtu, 24 Mei 2014

Salam Bersua Kembali.....

Assalamualaikum....

Lembaran baru...blog baru...life baru....apa yang baru lagi
ermmmmmmmmmm.....tempat kerja baru..heeheehee

bila view blog sendiri, rasa rindu kembali nak menulis cerita perjalanan hidup aku..
banyak dah termiss sbenarnya...nak kena rewind balik ke..

ke xperlu kot nak cerita panjang...sbb nak buka lembaran baru dan kehidupan bersama family yang ada orang baru akan datang...

hehehhehe...memang seronok, excited pun ada.. tp terlalu excited takut pulak rasanya...

sebab ada pengalaman yang pahit masa lalu..membuatkan aku jadi mcm ni..
seronok dan tambah teruja

nak tahu ceritanya kita bersambung post yang baru nanti...skang ni nak wat gambar dan latar blog yang baru...hehhehe

semangat ber blog semula......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...